
PENGENALAN
MZ Win Group adalah sebuah syarikat yang berkonsepkan Health & Beauty Spa. MZ Win Group telah dibuhkan pada tahun 2003 oleh Puan Noormazwin. MZ Win Group pada asalnya adalah sebuah spa iaitu MZ Win Beauty yang menawarkan rawatan kecantikan & kesihatan kepada pelanggan.
Pada tahun 2019, MZ Win Group telah berkembang dengan mengeluarkan produk minuman kesihatan berjenama Pure Nature dan produk kecantikan berjenama Embrase. Kini MZ Win Group telah mempunyai tiga cawangan syarikat yang terletak di Bandar Baru Uda (Cawangan Utama), Mydin Mutiara Rini dan Larkin Sentral.